Assalamualaikum & Salam Tahun Baru..
Sedar tak sedar, kita telah pun meninggalkan 2011 untuk masuk ke tahun 2012..
Seperti tahun2 sebelumnya, 2011 juga byk meninggalkan 1001 kenangan, peristiwa dan bermacam2 lagi perkara kepada kita semua..
Byk peristiwa2 berlaku samada di Malaysia mahupun di serata dunia..
Tentunya peristiwa paling diingati ialah terkorbannya Osama bin Laden pada May lalu..
Jepun juga tidak ketinggalan dengan kejadian gempa dan tsunami yang meragut ratusan nyawa..
Di kejiranan kita, masih segar dlm ingatan gambar2 serta video2 ribuan kereta Honda di Thailand ditenggelami banjir di Bangkok..
Dan yang terbaru, pembunuhan pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi di Pakistan yang masih menimbulkan persoalan adakah benar dunia akan aman dgn kematiannya?? Adakah rakyatnya berfikir bahawa selepas ini Amerika takut untuk mendekati Libya sebagaimana takutnya mereka ketika Gaddafi masih berkuasa?? Yang pastinya, sebagai saudara seagama, saya cukup terkesan apabila video2 menayangkan bagaimana mayat Gaddafi diarak ke pekan, seolah2 sengaja memperlihatkan hinanya pemimpin Islam..
Selain drpd itu, setiap tahun pasti ada yg mendirikan rumah tangga, pastinya perkahwinan paling menarik perhatian ialah perkahwinan diraja Putera William & Kate Middleton yang telah menarik perhatian jutaan umat dunia. Saya juga tak ketinggalan memiliki cenderahati perkahwinan mereka yang di bawa pulang terus dari London - terima kasih kpd Pn. Hana Jesmin..
Dalam bidang sukan, Sebastian Vettel terlalu unggul di litar F1. Casey Stoner pula mengungguli saingan MotoGP disebalik kematian Marco Simoncelli ketika beraksi di Sepang..
Dalam bola sepak, Barcelona ternyata terlalu unggul apabila mudah mem'budakkan' Man. Utd, Real Madrid dan Santos untuk meraih kejuaraan UCL,LA LIGA & Kejuaraan Dunia..Pasukan kegemaran saya, AC Milan berjaya memenangi Scudetto ke 18, juga Man City meraih kejuaraan utama pertama selepas 35 tahun mencuba..Tahniah buat semua..
Di Malaysia pula, kejayaan mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea menenggelamkan apa saja pencapaian sukan lain. Sedikit sebanyak mengubat kedukaan saya apabila melihat kegagalan Datuk Lee Chong Wei mempertahankan Kejuaraan Badminton Dunia..
Pemberian rm100 kepada pelajar juga satu tindakan baik, walaupun sepatutnya bantuan tersebut sudah lama dipraktikan. Cerita sama tentang bantuan rm500, tak kisah la samada untuk pancing undi atau tidak, memang patut kita menerima bantuan tersebut. Duit kita jugak, bukan duit poket depa.
Akhir kata, selamat maju jaya!!
albuyeh.alias.alkelekan
2010. 2011. 2012





No comments:
Post a Comment