Buku ni dah lama aku baca, agak menarik jgk pengalaman yg dicerita oleh penulis utk santapan minda....
Orang yang pergi tidak lagi dapat kembali untuk duduk-duduk bersembang dan menceritakan pengalaman hidupnya. Jika berbaloi untuk diceritakan, ceritakanlah awal-awal lagi.
Begitu tulis Jackson Sawatan tentang fikirannya masa mula2 nk tulis buku ni...
Sebagai wartawan yg dihantar oleh BERNAMA utk turun ke medan masa kejadian penculikan di Sipadan pd tahun 2000 dulu, beliau sememangnya mpunyai pengalaman hidup yag berbaloi utk dikongsi...
Walaupun hampir 10 tahun berlalu, kejadian penculikan di Sipadan itu mencatatkan sejarah tersendiri dlm ingatan kebykn rakyat Malaysia sbba ia melibatkan nyawa tebusan dan merupakan penculikan yg besar dlm sejarah moden negara...
Smua tebusan telah ditawan di Pulau Jolo, Filipina oleh dalang kejadian, kumpulan Abu Sayyaf... Keberanian pasukan media negara dlm membuat liputan telah membawa penulis masuk ke kem kumpulan bersenjata tersebut dan menemukannya dgn Komander Robot atau Galib Andang, pejuang gerila yang mengetuai penculikan...
Buku ini menceritakan pengalaman berharga Jackson Sawatan sewaktu berada di Pulau Jolo dan menggadaikan nyawa utk mendapatkan berita terkini di medan kejadian... Ditulis dlm bahasa santai dengan selingan humor, ia turut dihiasi dgn foto-foto, keratan akhbar dan catatan tgn yang dibuat oleh penulis....
Walaupn buku ni hnya diterbitkan slps 6thun kejadian tersebut, ia msh lg relevan utk bacaan umum... Pastinya semangat pembaca akan lebih membuak2 sekiranya buku ni diterbitkan lbh awal ketika berita ni masih panas..heheh...
Walau bagaimanapun, aku rasa buku ni msh relevan utk dibaca utk kita mendapatkan bayangan sebenar mcm mn kejadian tersebut belaku, sejarah negara nih...
HIDUP lihat.dengar.rasa.
albuyeh alkalekan